Tuesday, February 19, 2008

::Percutian Ke Pulau Redang::




"Gambar bersama rakan di Pulau Redang"

Kepada kengkawan yg nak rehatkan kepala yang tengah berserabut dengan masalah kerja,masalah keluarga ataupun masalah ngan "along"..saya cadangkan anda pergi ke "Pulau Redang" utk melupakan segala masalah anda buat seketika..dah balik nanti kenala pikir balik...lainla klu "lost" kat sane..

Selain tu klu nak buat gathering ngan rakan sekerja,rakan masa belajar or honeymoon pun sesuai gak utk gi ke sana sebab saya ke sana pun dengan rakan2 sekerja,bos nak belanja makan angin.

Untuk ke sana,kite perlu naik feri atau pun bot laju.perjalanan dier amik masa lebih kurang 1 jam 30 minit la..Tp untuk ke sana,kawan2 leh naik bas,kapal terbang or drive kereta sendiri.Kepada siapa yang amik pakej kt resort yanga ade kat sane biasanya dier akan pickup kita dari stesen bas or lapangan terbang and bawak ke "Jeti Merang",baru ingat nama dier..biasanya hanya 3 kali sahaja feri or bot dibenarkan utk ke sana disebabkan masalah ombak yang kuat.

Apabila dah sampai kat sane,pekerja2 resort akan sambut kita and beri sedikit penerangan tentang pulau and resort mereka.Lepas tu bolehla anda minum dulu untuk hilangkan dahaga sambil nak amik kunci utk check in bilik.Lepas check in,lehla bersiap utk makan and utk aktiviti seterusnya,"snorkeling"..yahoo...kira tula aktiviti anda di pulau redang tu.selain itu lehla pg scuba diving,memancing or jungle tracking kat sane.Tapi yg tu biasanya kenala bayar sendiri...

Memang byk tempat utk kita snorkeling sebab kawasan di sekitar pulau tu memang dilindungi atas khazanah negara,so x lehla suka2 nk buat aktiviti haram kat sana.Klu snorkeling memang mcm2 jenis ikan la yg kita kan nampak..pastu jinak2 plak tu.beli jer roti yang resort jual,Rm2 klu x silap.pastu berpusu-pusu ikan akan datang kat kita..

Dah penat snorkeling tu,dah tentu letih and lapar.Biasanya klu amik pakej dier akan sediakan makanan utk pagi,tgh hari and mlm.Pilihan pun banyak and x larat nk makan sumer..Pastu malam kite lehla pg jalan2 sekitar pulau sambil ditiup angin bayu yang sejuk.kepada yg suka bersantai,lehla berehat di atas "hammock" ke nama dier yg digantung antara 2 pokok kepala..klu nk tido kt situ pun boleh..

Jika ada masa lapang,bolehla mandi di kolm renang yang disediakan.klu bertuah adela "jakuzi" sekali,fuyoo lehla urut2 sikit badan yang letih giler sebab byk sgt snorkeling...Pejam celik,tau2 dah 3 hari berlalu..ape lagi kenala balik semula ke tempat asal..masa tu memang tension la sebab byk benda yg nk kena pikir...Tapi sekurang-kurangnya kita dapat melepaskan segala tekanan yag ada kt kepala kite buat masa tu...

Marila ramai2 kite ke sana,rasa cam nak g sane kali kedua and ketiga,keempat and smpai bosan x nk pegi dah..saya mengalu-alukan comment anda jika terdapat sebarang kekurangan kt citer saya ni,sila la tambah yer...klu ade gambar2 menarik,saya letakkan di sini.."Pergilah melancong,segalanya ada di Malaysia"

"Karya Di mlm Hari"

1 comment:

Get Bali Tour said...

Cheap Bali Tour - Best & Cheapest Bali Tour Packages For Budget Travelers – Private Holiday Packages In Bali

::Komen Anda::

|
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com




TrafficG -Top Traffic Exchange - Become a TrafficG member and you'll be able to drive free, guaranteed visitors and traffic to any website of your choice!

 

Blogger Templates. Sponsored by Link Page Report Card